Friday, January 13, 2012

Ijab & Kabul Dalam Pernikahan...

Selesai sudah tentang pertunangan.
Entry kali nie, mari kita mempelajari apa itu pernikahan.
Apa itu ijab dan kabul.
dan apa itu perkahwinan.




Hukum Perkahwinan 
Bagi lelaki yang telah mampu berkahwin, beristeri itu wajib hukumnya. 
Kerana dengan beristeri , hati lebih terpelihara dan lebih bersih dari desakan nafsu. 
Al-Qurthubi mengatakan : “ bagi orang yang mampu kahwin, sedang dia khuatir dirinya 
terjerumus ke dalam dosa sehingga agamanya tidak terpelihara akibat membujang , 
dan hanya kahwin sahaja boleh menjamin terpelihara agamanya, maka tidak ada perbezaan 
pendapat mengenai wajibnya perkahwinan dalam keadaan seperti ini.”

Rukun rukun nikah

1.     Lafaz ijab dan Kabul
2.     wali
3.     dua orang saksi
4.     lelaki ( suami)
5.     perempuan ( isteri)


Lafaz ijab qabul
Siqhah ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab 
iaitu perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang dilafazkan 
oleh lelaki yang bakal menjadi suami .

Syarat ijab dan qabul
a.     Lafaz sorih
Iaitu lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan 
nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali;

“ saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “

jawab lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “

b.     tidak bersyarat dengan sesuatu
ijab dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan 
dengan sesuatu perkara , seperti kata wali;
“jika engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan 
anak perempuanku Fatimah”
jika lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah .

c.      Tidak mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah
Jika terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan qabul, 
maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah:
“ Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah 
engkau talakkan dia .”
……..atau dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “
…….atau lain-lain lafaz yang menyalahi maksud nikah.

Begitu juga lafaz qabul pihak lelaki :
“ saya terima nikahnya dengan syarat saya talakkan dia “
……….atau dengan syarat saya tidak setubuhi dia.

Tetapi sekiranya syarat-syarat nikah itu tidak menyalahi maksud nikah, maka nikah itu 
ada sah.Seperti syarat-syarat di bawa ini, ia tidak merosakkan ijab dan qubul serta 
syaratnya sah
1. Syarat yang tiada mempunyai hubungan dengan  maksud nikah, seumpama si suami 
mensyaratkan isterinya tidak boleh memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh


2. Syarat yang sesuai dengan kehendak nikah seperti wali mensyaratkan suami 
memberi nafkah kepada isterinya.


3. Syarat yang bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah , di mana 
syarat itu memberi faedah kepada suami , seumpama suami mensyaratkan  dia tidak memberi nafkah 
kepada isteri sebaliknya isteri pula yang memberi nafkah kepada suami.


4. Syarat yang bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah, 
di mana syarat itu memberi faedah kepada isteri, seperti wali mensyaratkan wali suami supaya 
jangan membawa isterinya ke rumah lain , atau jangan  berpindahke daerah lain dan sebagainya,.


5.Bersamaan makna pada ijab dan qabul, di mana jika di dalam lafaz ijab dan qabul terdapat 
persamaan makna tetapi berlainan lafaznya,seperti kata wali;


‘aku kawinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah’
jawab lelaki;
‘Saya terima nikahnya’

Di mana wali menggunakan perkattan  kahwin dan wali menggunakan perkataan nikah, 
oleh kerana kedua-dua perkataan memiliki maksud yang sama , maka nikahnya adalah sah.
Tetapi jika berlainan makna antara ijab dan qabulnya , maka nikahnya tidah sah , seperti kata wali;
‘ Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya Fatimah’

jawab lelaki: ‘ Saya terima nikah anak perempuan tuan Zainab’

Di mana wali melafazkan nama anaknya sebagai Fatimah, manakala lelaki menjawab dengan 
menyebut nama Zainab. Maka ijab dan qabul itu tidak sah dan nikahnya juga tidak sah.


6. Ijab dan qabul tersebut mestilah dilafazkan secara ;
-        berturut-turut
-        tidak diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya dengan ijab/qabul
-        tidak diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu menunjukkan 
         seolah-olah menolak ijab
-        tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul


7. Tidak didapati pada wali itu perkara-perkara di bawah ini sehingga berlakunya qabul, iaitu;
a.     menarik balik izinnya
b.     gila
c.      pitam

      Atau tidak berlaku pada bakal isteri (janda) atau bakal isteri yang walinya bukan wali mujbir seperti 
      perkara-perkara di bawah ini;
a.     menarik balik izinnya ( bagi wanita yang diiktibarkan izinnya )
b.     pitam
c.      gila
d.     murtad

      Jika didapati salah satu daripada perkara-perkara tersebut samada pada wali
      Atau pada isteri, maka qabul tidak boleh dilakukan, dan jika dilakukan , maka
nikahnya tidak sah.


7. Hendaklah kedengaran- Dalam ijab/qabul , lafaz ijab/qabul itu hendaklah didengari oleh dua orang 
saksi , suami dan wali yang menikahkannya. Sekiranya orang yang menikahkannya itu bukan 
walinya bahkan dia wakail daripada wali sebagai jurunikah, maka hendaklah lafaz ijab/qabul itu 
didengar oleh orang yangmenikahkan tadi


8. Tidak boleh ditentukan masanya – Tujuan nikah adalah untuk selama-lamanya sebagai suami isteri, 
oleh itu tidak sah nikah seseorang sekiranya di dalam lafaz ijab/qabul terdapat syarat penentuan masa,
 seperti kata wali;
‘ Aku nikahkan engkau dengan anakku Zainab dalam masa setahun sahaja’




        9 Hendaklah suami dan isteri itu ditentukan. Jika seorang bapa mempunyai beberapa orang 
anak perempuan, di mana bapa itu berijab sebagaimana di bawah
‘ Saya kahwinkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya ‘

Maka ijab seperti ini tidak sah , di mana nikahnya juga tidak sah, kerana dalam ijabnya tidak 
menentukan siapakah di antara anak-anak perempuannya yang dinikahkannya itu.
Atau , jika bapa melafazkan ijabnya seperti; 
‘saya kahwinkan engkau dengan fatimah’ 
lafaz ijab ini juga tidak sah kerana bapa tidak menyebut samada Fatimah itu anak perempuannya  
atau tidak, kerana ramai yang bernama Fatimah .
Sekiranya wali  berwakilkan kepada jurunikah, hendaklah ditentukan juga seperti contoh di bawah;
‘Saya kahwinkan engkau akan …binti…yang walinya telah berwakil kepada saya .’ 
atau
‘saya kahwinkan engkau akan ….binti …..yang walinya iaitu bapanya telah berwakilkan kepada saya’.
 Qabul suami:
‘saya terima nikahnya’

ijab wakil wali kepada wakil suami:
‘saya kahwinkan ( …bin ….) yang telah berwakil kepada engkau( wakil lelaki) akan ( ….binti….) 
yang telah berwakil walinya kepada saya dengan maskawinnya….

Qabul wakil lelaki:
‘saya terima nikahnya ( …binti…) untuknya( ….bin…) atau aku terima nikahnya kerananya , 
atau aku terima nikahnya baginya.’
 Mengenai dengan mahar , ia tidak disyaratkan untuk disebut di dalam ijab/qabul, dan sekiranya 
tidak disebut, ijab/qabulnya tetap sah.
 Jika mahar tersebut disebut dan dipersetujui di dalam ijab dan qabul, maka mahar itu disebut 
sebagai ‘mahar musamma’ di mana mahar itulah yang wajib dibayar.

Sebelum ijab/qabul, wali-wali selain wali mujbir hendaklah meminta izin daripada perempuan 
yang hendak dikahwinkan dan perempuan itu hendaklah mengizinkan kepada walinya, 
barulah kemudian itu , wali tersebut mengakadnya sendiri atau mewakilkannya kepada jurunikah.


Wali
Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan 
bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau 
mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah.
Wali yang harus melaksanakannikah itu ada dua jenis;
a)   wali nasab
b)   wali hakim

Syarat-syarat menjadi wali
 ( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh).
1.     Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, 
maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut
2.     Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila 
yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan  antara yang baik dengan 
yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka 
semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.
3.     Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah 
kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.
4.     Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.
5.     lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.
6.     Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali 
seperti orang tua yang telah nyanyuk.
7.     Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya 
disebabkan terlampau boros atau bodoh.
8.     Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan  dosa besar seperti ;
-        membunuh
-        berzina
-        minum arak
-        merampas harta
-        meninggalkan solat fardhu dengan  senghaja
-        mencuri
-        menderhaka kepada ibu bapa
-        atau melakukan dosa kecil secara berterusan
-        atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana 
pada masa sekarang, kebanyakan oaring menajdi wali adalah daripada oaring yang fask.

 Wali nasab
Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1.     bapa
2.     datuk sebelah bapa
3.     saudara lelaki seibu sebapa
4.     saudara lelaki sebapa
5.     anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6.     anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7.     bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8.     bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9.     anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10.  anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11.  bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12.  bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka

Wali bapa
Wali bapa dikenal dalam istilah fikrah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain 
dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah 
wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah.


Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran 
dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak 
menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi 
syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan  akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada 
wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya.

 Sebab-sebab hak wali berpindah
 ( yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali akrab(terdekat) , maka hak wali 
berpindah kepada wali ab’ad; 
1.     kafir
2.     fasik
3.     tidak adil
4.     gila
5.     masik kanak-kanak
6.     bisu
7.     bodoh
8.     hamba

Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)
Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan  tanpa perlu minta izin dari 
perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , 
maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya.

Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir
wali mujbir boleh menikahkan anak perwan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia 
memenuhi  semua syarat-syarat  ini;
1.     tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2.     tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3.     perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4.     bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .

Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan)
1.     Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2.     maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3.     bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat 
yang membebankan atau terlalu tua


Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika 
dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram.

Keizinan perempuan
Sebelum dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada perempuan yang hendak 
dinikahkan itu, iaitu :
1.     Peermpuan yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali 
sesudah perempuan tersebut memberi keizinan.
2.     Perempuan yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta 
keizinan daripada perempuan tersebut.
3.     perempuan janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi keizinan 
dengan terang.
4.     perempuan janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh kerana 
izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai.


Anak tidak boleh menikahkan ibu 
Anak tidak sah menikahkan ibunya kecuali ia menajdi kadi.

Wali datuk
Datuk boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu menjalankan ijab 
pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada 
anak lelakinya yang lain ( cucu lelaki).

Wali hakim
Wali hakim ialah keketua negara Islam  negara yang beragama Islam yang mempunyai kekuasaan. 
Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim mengakadnikahkan perempuan yang berwali 
hakim, pada sebuah negara di mana ketua negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan 
negara Islam . Wali hakim boleh dilantik  oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang alim, 
pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat itu.

 Wali tahkim
Iaitu lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang yang hendak 
mengakadnikahkan itu( iaitu  di mana negari itu tiada wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang 
mengetahui segala hukum hakam serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu  hendaklah 
menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali tahkimnya  dan orang 
tersebut memahami serta menerima perlantikan tersebut.


Keadaan perempuan yang berwali hakim
 Harus bagi perempuan bernikah dengan  berwalikan hakim dengan salah satu daripada sebab-sebab tersebut
1.     Tidak ada wali nasab
2.     Tidak ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak ada
3.     Wali akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat qasar 
(perjalanan 2 marhalah).
4.     wali akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya
5.     wali akrab sedang dalam ihram haji atau umrah
6.     wali  akrab enggan menikahkannya
7.     wali akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya
8.     wali akrab berdegil tidak mahu menikahkannya
9.     wali akrab hilang dan tidak ada khabar berita
10.  wali akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang sepangkat dengannya.

 Wali buta
Jika wali akrab buta, maka tidak harus  bagi wali  ab’ad menggantikan tempatnya kerana wali yang 
buta itu masih mengetahui perkara kufu’ serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu.

Wali bisu
Bagi wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil haruslah ia berwakil 
kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh memahami  isyarat atau tulisan sewaktu berwakil, 
maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan, 
sebaliknya wali yang bisu itu 
yang menjadi walinya dengan berwakil secara isyarat atau lisan.

 Wali pitam/mabuk
 Bila wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali ab’ad mengahwinkan 
perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun 
masa tempoh menunggu ini sehingga  tiga hari.


Jika perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali akrabnya  pitam/mabuk 
selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan 
wali tahkim . Ini ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim.


Tetapi jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi tempoh tiga hari, 
maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan tersebut. Begitu juga jika 
mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, 
bahawa wali itu akan pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan 
perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi.

Wali yang ihram
Bila wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad mengahwinkan perempuan yang 
diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau  wali tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk 
mengahwinkannya. Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi 
ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim atau kadi itu 
bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali bagi mereka yang tidak berwali.


Berwakil dalam ihram
 Jika seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, 
yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah sah akad wakilan itu, begitu juga 
bila seorang suami yang ada  di dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad 
wakilan itu tidak sah walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. 
Tetapi jika berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas tahalul 
sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil seseorang wali untuk 
mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil seseorang suami untuk menerima 
akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan mengakad oleh orang yang menerima wakil itu 
selepas tahalul , maka akad wakil itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang 
yang berwakil (suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya.


Syarat –syarat dua orang saksi
1.     Islam , orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi  saksi nikah bagi orang 
yang tersembunyi keIslamnya
2.     Berakal. Orang gila tidak sah menajdi saksi
3.     Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah
4.     Merdeka. Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi 
bagi mereka yang tersembunyi merdekanya.
5.     lelaki. Perempuan tidak sah menjadi saksi.
6.     Adil. Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu adalah sah, 
dan tidak wajib  diperiksa dan dicari keadilannya yang tersembunyi bagi saksi itu.
7.     Tidak fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi.
8.     Mendengar. Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui 
apa yang dikatakan ketika ijab/qabul
9.     Melihat. Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang yang 
diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
10.  Faham/mengerti. Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang 
digunakan  oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham dan tidak 
mengerti  bahasa yang digunakan  dalam ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah.
11.  Kuat ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang didengar dan yang 
dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu ingat akan 
lafaz akad yang didengarnya itu , kemudian dia lupa.


Syarat suami untuk sah nikah
1.     Suami itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam.
2.     Suami itu hendaklah jangan ihram
3.     suami berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut
4.     suami itu hendaklah orang yang usdah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah bapa atau 
datuknya yang mengqabul nikahnya itu.
5.     Suami hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman, maka yang 
menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah berunding minta fikiran dan pendapat 
daripada kaum kerabatnya, di mana dia tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun
kerana hajat yang difikirkan perlu.
6.     Suami itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu halal 
nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia tidak mengetahui keadaan 
perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka yang demikian nikahnya itu tidak sah.
7.     Suami tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya yang empat itu 
dalam iddah raj’I
8.     suami itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang dinikahinya tadi.


Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan sah nikahnya
1.     Isteri hendaklah Islam jika suaminya Islam
2.     Isteri itu tidak dalam ihram
3.     Isteri itu bukan isteri orang
4.     Isteri itu bukan dalam iddah
5.     Isteri itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang dinikahinya.


Bagaimana membahagiakan suami

Sambutan yang menyenangkan
A)   menyambut kepulangan suami atau ketika menemuinya dengan wajah ceria ;
1.     Sambut kepulangan suami atau ketika menemuinya  dengan wajah ceria , dengan senyum 
dari hati yang tulus ikhlas dan penuh rasa cinta kerana ia mampu memberi ketenteraman dan kebahagiaan 
kepada suami .
2.      Sabda Rasulullah saw. “ Dari Abu Dzar ra. Berkata, berkata kepadaku Rasulullah saw; 
“ Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, meski hanya sekadar wajah cerah yang kamu 
berikan ketika bertemu saudaramu” ( HR Muslim)
3.     Memberi senyuman kepada suami akan mendapat pahala di sisi Allah.

B)   berhias dan memakai wangian
1.     Salah satu hal yang dapat melapangkan dada dan menyejukkan mata suami adalah 
melihat isterinya tampil dengan dandanan yang memikat, Pakaian indah berhiaskan wajah manis 
serta dandanan rambut yang mempersona dan beraroma wewangian, akan segera menumbuhkan 
rasa bahagia bagi  suami yang memandangnya .
2.     Hendaklah selalu berhias di hadapan suami kerana ia dapat menyelamatkan suami dan menjaganya 
dari godaan dan fitnah para pesolek yang kini memenuhi setiap tempat dan jalanan, 
serta menahannya dari keinginan memandang wanita lain selain isterinya.

C)   Khabar yang menyenangkan
1.     Ketika suami tiba di rumah , seorang isteri hendaklah tidak bercerita kepadanya kecuali perkara 
yang menyenangkan .
2.     Allah menyuruh para isteri muslimah menjadi penemteram bagi suaminya  iaitu meliputi makna 
ketenangan, kebahagiaan , kedamaian, kepuasan kegembiraan dan sebagainya.
3.     Janganlah seorang isteri menceritakan hal-hal yang menyedihkan atau memancing emosi, sementara 
suami baru saja tiba di rumah dalam keadaan letih dan penat. Sebaliknya hendaklah isteri bersikap 
bijaksana dengan memilih waktu lain yang sesuai dengan rangkai kata dan suara yang begitu 
menyenangkan
4.     Elakkan dari membesar-besarkan cerita yang sebenarnya memang tidak seberapa.
5.     Berusahalah agar dapat menciptakan rumahtangga yang dapat membangkitkan rasa cinta 
dan kerinduan, dan bukan sebaliknya rumahtangga yang beronak duri dan siap  mencabik cabik 
ketenangan hati.
6.     penuhi hati dengan kelembutan dan kasih sayang , kerana ia akan dapat membangkitkan rasa kasih sayang suami juga..

D)   ungkapan kerinduan
 Salah satu factor yang yang dapat membahagiakan perasaan suami dan menghapuskan 
kepenatannya ialah apabila isterinya menyambut kedatangannya dengan ungkapan yang 
mengandungi kerinduan , kerana ungkapan-ungkapan yang indah dapat mempereratkan dan 
kasih sayang suami isteri selin dapat mengembangkan sayap kebahgian rumahtangga.

E)   Menyiapkan hidangan
Hendaklah isteri menyediakan dan mempersiapkan hidangan dengan cermat dan penuh perhatian dan 
layanan yang terbaik kerana ia mampu mengelakkan dari berlaku perkara-perkara seperti tidak puas hati, 
atau pertengkaran atau perkara negatif yang lain.


Memperindah dan meperlembutkan suara.
1.     Secara tabii , Allah mencipta wanita dengan memiliki suara yang indah dan lembut .
2.     Keindahan ini bukan sahaja dapat memperdayakan kaum lelaki bahkan juga boleh mendatangkan 
fitnah dan menimbulkan nafsu lelaki ..
3.     Firman Allah “ Janganlah kalian melembutkan suara dalam berbincang sehingga terusiklah 
orang yang ada penyakit di hatinyadan berkatalah dengan kata-kata yang ma’ruf.” ( Al-Ahzab ayat 32)
4.     Oleh itu, Allah menyuruh para muslimah supaya tidak memerdukan atau memanjakan suaranya dengan 
lelaki bukan mahram , kecuali hanya kepada suaminya sahaja .
5.     ketika berbicara dengan suami hendaklah
-        berbicara dengan suara yang merdu dan lembut serta dengan nada yang manja dan menyenangkan.
-        Berbincang dengan perbincangan yang menyenangkan serta kalimat yang baik.
-        Bersikap dengan penuh perhatian dengan menghadapkan muka ketika berbicara.
-        Memanggil suami dengan panggilan kesukaannya.
-        Tidak dilarang menggunakan kalimat yang mengandungi gurauan dengan sitingkahi sikap manja.


Berhias dan bersolek


Anjuran bersolek
1.     ajaran Islam menganjurkan para wanita untuk berdandan dan bersolek , tetapi mengikut 
batas batas tertentu yang telah disyariatkan oleh Islam serta  dalam rangka mewujudkan kebahagiaan 
hidup rumahtangga .
2.     Allah menyukai keindahan dan menjadikan sikap suka berhias bagi mewujudkan kebahagiaan 
rumahtangga ini sebagai salah satu sunnah rasul . Sabda Dari Abu Ayyub ra. Berkata . 
bersabda Rasulullah saw , “ Rasa malu, suka wewangian, siwak, dan nikah adalah sunnah para rasul .
” ( HR Tirmidzi)
3.     Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada seorang wanita yang berdandan
(dibenarkan hanya di hadapan suaminya) kerana dengan dandanan itu , ia menjadi penyejuk 
mata yang memandangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah “ Dari ibnu Abas ra. Berkata, 
Rasulullah saw. Berkata kepada Umar bin Khattab, “ Maukah engkau saya beritahu tentang 
sebuah simpanan terbaik seseorang? Iaitu wanita solehah , yang apabila suaminya melihat 
merasa senang , apabila diperintah ia taat, dan apabila suaminya tidak ada ia menjaga ( kehormatannya) .
” ( HR Abu Daud)
4.     Jangan biarkan suami melihat suatu yang tidak menyenangkan hatinya seperti kotoran dan 
sebagainya kerana dandanan dan wewangian pada isteri itu dapat membahagiakan suami dan 
memberi semangat kepadanya dalam melaksanakan tugas-tugas seharian.
5.     Dandanan dan wangian pada isteri dapat menjaga dan memagari suami dari keinginan 
berbuat maksiat  atau tergoda dengan wanita selain isterinya.



Khitan adalah bahagian dari berhias
‘ Dari Aby Hurairah ra. Berkata, bersabda Rasulullah saw: “ fitrah itu ada 5 : khitan, 
mencukur rambut kemaluan, merapikan kumis , memotong kuku , mencabut bulu ketiak”. ( HR keenam rawi).


Memakai wangian selepas haid
Setelah seorang wanita suci dari haid, hendaklah mengambil sepotong kapas , 
kain atau yang sejenisnya kemudian diolesi dengan minyak wangi atau wewangian, 
lantas dogosokkan pada kemaluannya untuk menghilangkan bau yang tidak sedap.

Waktu berhias
1.     Allah berfirman “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang 
kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepadamu 
tiga kali ( dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian 
luarmu di tengahari, dan sesudah solat isya’ . Itulah tiga aurat bagi kamu.” ( An-Nuur: ayat 58)
2.     Daripada dalil di atas ,waktu untuk berhias ialah -Sebelum subuh, tengahari, dan 
selepas isyak ( iaitu waktu yang mana di waktu itu banyak bahagian tubuh yang terdedah)
3.     Selain itu , waktu-waktu berhias ialah
-        ketika melakukan jima’
-        saat menyambut kepulangan suami dari kerja atau bepergian jauh yang menyebabkan 
perpisahan lama.


Cara berdandan
-        bervariasilah dalam berdandan dan menggunakan wangian, kerana ssesuatu yang indah 
dan mempersona itu lama kelamaan akan menjemukan , sebaliknya pada suatu yang baru dan
 penuh variasi ada kesegaran dan daya penarik.
-        Berupayalah memenuhi selera suami, misalnya dlm memilih warna, jenis kain dan 
fesyen, disamping wariasi wangian, dandanan rambut dan lain lain yang dibenarkan dalam Islam.


Dandanan yang diharamkan

Al-Wasal ( cemara) – rambut palsu
1.     Al-Wasal ( cemara) iaitu menyambungkan rambut seorang perempuan dengan rambut orang lain, .
atau dengan kata lain memakai rambut palsu , hukumnya haram secara mutlak..
2.     Mengikut pandangan Imam Malik, ,Ulama’ mazhab Hanafi dan banyak lagi yang lain, 
bercemara itu dilarang, baik dengan menggunakan kain, atau wool( bulu) atau carikan kain.
3.     Diharamkan jika cemara yang digunakan terbuat daripada bulu binatang yang dah 
mati atau binatang yang diharamkan memakannya, kerana semua bulu-bulu ini dianngap najis .
4.     Jika Cemara yang digunakan itu, bukan terbuat daripada rambut manusia , atau bukan dari 
jenis bahan yang najis seperti bulu bangkai atau bulu binatang yang haram dimakan, 
hukumnya haram bagi wanita yang belum bersuami. Tetapi jika telah bersuami, ia bergantung kepada 
keinzinan suaminya, jika diizinkan, maka dibolehkan memakainya..


Mencukur bulu kening
Sabda Rasulullah saw;
“ Allah mengutuk wanita-wanita pentato dan mereka yang diminta ditato, wanita-wanita yang 
mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alisnya , wanita-wanita yang mengikir 
giginya agar lebih indah dan mereka yang merubah ciptaan Allah..”

Tato
Menurut Asy-Syafi’I, tempat yang ditato menjadi najis dan wajib dihilangkan jika tidak 
mendatangkan kemudharatan.


Mengikir gigi
Mengikir gigi dengan maksud agar tampak kecil-kecil dan lebih menarik , adalah haram, 
baik atas si tukang kikir atau pun yang dikikir. Diharamkan apabila tujuannya semata-mata 
untuk keindahan , tetapi klau tujuannya adalah untuk memperbaiki aib,atau mengatur gigi yang 
tidah teratur , maka tak apalah hal itu dilakukan.

Merubah ciptaan Allah
Termasuk yang dihukumi haram ialah mereka yang merubah ciptaan Allah dengan menambah 
atau mengurangi. Seperti merubah bentuk wajah dengan make=up, bentuk bibir dan alis. 
Termasuk juga mencukur alis, mengecat kuku dan lain-lain.


Membersihkan wajah dari bulu-bulu
Wajah wanita pada asalnya tidah ditumbuhi bulu. Bahkan Imam Ahmad sendiri dalam 
“Ad-Din Al-Khalish” mengtakan “ kalau ada wanita yang tumbuh janggut atau kumis, maka 
tidaklah haram menghilangkannya, bahkan mustahab atau malah wajib seperti keterangan lalu.”
            Dengan demikian wanita hendaknya membersihkan wajah dengan cara lembut seperti 
menggunakan krim atau sebagainya dan dilarang membersihkannya dengan pisau cukur.


Minyak wangi
Haram atas wanita memakai minyak wangi selain untuk suaminya sahaja . Sebaiknya pakailah 
minyak wangi yang banya tidak terlalu meransang, sebagaimana anjuran Rasulullah 
“Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang kuat baunya dan kabur warnanya 
sedang minyak wangi untuk wanita ialah yang menjolok warnanya dan kurang baunya.”
Asy-Syaukani mengatakan :” terdapat pertanyaan mengenai wanita yang 
berjalan-jalan melewati majlis-majlis sedang ia memakai minyak wangi yang 
menyengatkan hidung, wanita itu disebut sebagai penzina.

Rela terhadap pembahagian

1.     Untuk merealisasikan kebahagiaan rumahtangga, ajaran Islam memberi beberapa tuntunan, 
khususnya kepada para isteri yang salah satunya adalah agar seorang wanita rela akan pembahagian 
Allah ke atas dirinya.
2.      Tuntunan ini khususnya ditujukan kepada para isteri , kerana merekalah yang lebih diharapkan 
peranannya dalam menciptakan kebahagiaan suami dan rumahtangga .
3.     Kerelaan ini dapat menenangkan suami dikala ia mengalami kegagalan di dalam apa yang 
dia usahakan bagi memenuhi keperluan keluarganya.   Ini kerana seorang suami yang bertanggungjawab 
akan selalu berusaha untuk memenuhi segela keperluan rumahtangganya Bagaimanapun, kekadang, 
apa yang diusahakannya tidak berjaya lantaran terbatas oleh kemampuan dirinya. Kegagalan seperti 
ini menyebabkan ia sedih dan gelisah. tetapi jika ia mendapati isterinya menerima kekurangan yang 
ada pada dirinya dengan redha, segala kesedihannya akan hilang.
4.     Dalam hal ini , isteri hendaklah bersikap dengan sabar dan redha serta merasa cukup 
dengan apa yang ada.Dan menganggap segala yang dikecapi adalah kurniaan dari Allah semata-mata.








~dya~

1 comment: